12.11.2012, Isnin - Salam dan selamat tengahari kepada semua. Lunch apa tadi, Syah Ayam Goreng, Sayur Kobis dan Bayam, kemudian beli cokodok. By the way inilah Hamster yang selalu Syah cerita tu dan untuk menunjukkan betapa besarnya dia Syah ambil gambar dia dan Syah malam tadi di KL Residence menggunakan self timer kat kamera Syah. Hamster nie lahir pada February 2010 dan sekarang umurnya dah nak hampir tiga tahun. Memang berat, seriouse cakap dan malam tadi Syah lepaskan dia dalam rumah. Macam biasa dia akan main-main dengan Noami dan Blackie dan tak lama lepas tu dia akan masuk semula sangkar dia.
Agaknya penat tak larat disebabkan saiz badan kot? Hahahahah ..........Hamster nie nama asalnya bukan hamster, dia ada dua beradik dan dilahirkan di Rawang Residence Syah. My brother Mus bawa dua beradik nie balik KL Residence. Walau bagaimanapun yang seekor lagi tu mati mungkin kena pijak dengan kucing lain dalam sangkar. Sebenarnya yang mati tu nama Hamster dan Syah tak tahu macam mana Muss tukarkan semula panggil dia nie Hamster. Syahpun dah tak ingat nama asal Hamster. Badan Hamster nie menjadi semakin tembam apabila Muss sunatkan dia.
Malam nie Syah akan stay di Residensi Kak Lang Ella di Ampang coz nak temankan anak dia yang tinggal seorang coz malam tadi dia, Ku Chick dan suaminya Haji Azam balik ke Terengganu. Seminggu Syah berkampung kat sini nanti dan mana kerja-kerja yang boleh dibuat manual Syah akan bawa balik ke Ampang untuk disiapkan sempena cuti panjang nie. TM tutup pejabat tiga hari iaitu sempena Deepavali esok dan hari Rabu dipanggil Cuti 1 TM (cuti yang wajib diambil semua staff) dan hari Khamis sempena Awal Muharam. Cuti 1 TM nie kena tolak cuti rehat tahunan. Dalam bahasa lainnya ia dipanggil "force leave". Ok lah semua Syah nak sambung kerja nie dan kepada anda yang bercuti panjang diluar sana tu berhati-hati di jalanraya dan memandu dengan berhati-hati untuk memastikan keselamatan kita semua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.