24.11.2012, Sabtu - Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menyempurnakan majlis pengistiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor. Majlis yang diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar ini turut dihadiri oleh Isteri Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman. Tuanku Sultan Ibrahim telah menurunkan tandatangan pada plak perasmian dan menanam kapsul perasmian sebagai tanda merasmikan Bandar Maharani Bandar Diraja Johor.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.