29.11.2012, Khamis - Nielah juadah malam nie Young Tau Foo yang Syah olah semula dijadikan Mee Sup as usual. Baru lepas makan dan rasa muak pula macam hendak muntah. Ada-ada jer kan? Syah beli young tau foo nie kat pasar malam di Rawang Residence dan lepas tu Syah ronda-ronda dan beli buah manggis tu RM4.00 sekilo. Tak banyak gerai buka hari nie, mungkin disebabkan cuaca yang selalu hujan setiap petang, peniaga tak mahu buat jualan. On the way balik Syah lalu dekat gerai young tau fu tu tadi dan tiba-tiba anak perempuan penjual tu dalam usia belasan tahun pangil Syah ........ Abang....Abang ..... dalam hati Syah apa lah pulak nie, Rupanya dia nak tanya Syah sesuatu, nak tau apa ............heheheheh Dia tanya Syah, Abang Nak Tanya? Abang Sudah Kahwin Ker Belum? Terus Syah senyum dan Syah kata sudah dan dia senyum dan kata tak apa lah. Lepas tu macam dia cakap sesuatu dengan ibu dia tetapi Syah tak tahu butirannya.
Pagi tadi Syah dari Kak Lang Residensi di Ampang dan Syah naik LRT dari Ampang ke office dan petang tadi Syah balik ke rawang Residence. Lega sedikit kerana kerja Syah semakin beres dan as per scheduled. Insyallah berkat kesabaran dan usaha semuanya berjalan lancar. Lunch tadi Syah tak tahu nak makan apa lalu Syah makan Grill Chicken kat food court tetapi rasanya tak seperti yang Syah harapkan tetapi dah beli makan jer lah. Oklah semua ............. Selamat Malam semuga dibuai mimpi yang indah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.