Friday, November 16, 2012

Semalam & Istambul Kami Datang Lagi

16.11.2012, Jumaat - Salam dan Selamat Pagi semua.  Apa khabar dan harap anda semua sihat hendaknya.  Maaf malam tadi tak sempat nak update blog.  Lepas kerja petang semalam Syah ajak anak saudara Syah Firdaus jalan-jalan kat KLCC.  Sampai jer KLCC Syah minta dia ke Stesyen Kg Baru tetapi katanya tak tahu nak beli tiket.  Rupa-rupanya 1st time beli tiket sendiri hehehehe.......... sebelum nie orang lain belikan.  By the way dia selalu guna bas pun jarang LRT nie.  We all lunch kat Kg Baru.  Apa dia? siapa belanja.......... Pak Sedara dialah yang belanja siapa lagi.  Trty to sms anak saudara yang stay kat Kg Baru tetapi tak berjawab sampailah kehari nie.  Tak per lah, biasalah orang muda busy dengan aktiviti exspecially dihari cuti nie. 

Lepas makan we all ke KLCC semula.  Jalan-jalan window shopping dan tiba-tiba teringin nak tengok wayang.  Sebenarnya dah bertahun tak pernah tengok wayang sebab tak ada teman coz malas nak tengok seorang-seorang.  Masa nak beli tiket memang beratur panjang. Ada terpandang counter citibank dan bila tanya katanya kena booking baru boleh beli. So we all pun ketempat yang beratur panjang untuk counter biasa.  Masa beli tiket, Syah tanya budak jaga counter tu berkenaan counter Priority Citibank, katanya setiap pemegang kad citibank dapat diskaun kat counter tu.  Alamak .........tadi orang kat counter tu cakap lain.  Mungkin dia salah dengar kot pertanyaan Syah kot.  Walau bagaimanapun budak tu bagi juga diskaun tu kat Syah dan Syah bayar guna credit card. Dari RM28.00 dapat RM20.00 sahaja.  Shukur Alhamdulillah walaupun terpaksa beratur panjang.  Kalau guna lane  Citibank Priority tu orang tak ramai. Tak per yang penting dapat juga diskaun tu.  Budak tu inform kalau hari jumaat beli satu tiket dapat percuma satu untuk pemegang Citibank Credit Card. Wayang jam 17:30hrs dan Syah pusing-pusing sekejap sebelum solat Asar.  Lepas solat lepak kat depan KLCC tempat air pancut tu sementara menunggu jam lima setengah petang.


Haaaa ............. Kami tengok cerita Istambul Kami Datang.  Mulanya nak tengok Ajiboy tetapi Syah cakap kat Firdaus malas nak tengok cerita budak-budak coz  Syah ingatkan cerita katun. Bila mereka tunjukkan preview rupanya bukan katun dan macam seronok pula tetapi tak apalah lain kali ada masa.  Macamlah nak pergi menonton lagi kan?  Ada sesiapa nak ikot tak? Hahahhahha.  By the way kita cakap pasal  cerita Istambul Kami Datang nie................  Syah suka Apartment yang Lisa Surahani sewa tu, kecil tetapi simple dan rasa macam nak duduk rumah macam tu plak.  Mulalah berangan kan? sampai pagi nie teringat........hehhehehe.
  
Moral of the story ..........Jodoh, ajal, maut dan pertemuan tu Allah yang tentukan kita cuma merancang sahaja.  Jika bercinta bagai nak rakpun kalau itu bukan jodoh kita makan iannya takkan menjadi.  Jika kita kehilangan sesorang terima hakikat itu bukan jodoh kita dan Allah akan temukan jodoh yang terbaik untuk kita nanti.  Satu lagi jika kita bercinta dalam jangkamasa panjang dan berjauhan lebih baik berterus terang  tentang hati masing-masing. Jangan sesekali berlaku curang dibelakang pasangan kita walaupun lelaki boleh kahwin empat tetapi bukan main kayu tiga dibelakang orang yang kita berjanji untuk sehidup semati.  Bila bercinta jangan menilai pasangan kita secara negative and be positive kerana jika kita terlepas cakap, kita tak boleh nak berpatah balik and things are not going to be the same.  Jangan terlalu mengharap dan memberikan seratus peratus hati dan perasaan kita untuk pasangan kita dan sanggup buat apa sahaja untuk dia kerana jika ditinggalkan kita akan merana, for sure punya tak caya cuba ler. Apa-apapun dalam perhubungan kena ada persefahaman. Lagi satu, bagi kaum hawa adalah elok jika nak kahwin, kahwin dengan orang yang hendakkan awak bukan awak yang hendakkan dia.   Syah bagi LIma Bintang untuk filem Istambul Aku Datang Lagi. Pada yang belum menonton, ambil peluang cuti sekolah nie untuk menonton bersama keluarga sambil memberikan sokongan pada industri filem Melayu kita.  Apa-apapun Istambul Aku Datang Lagi memang Best Giler ............ 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.