07.11.2012, Selasa - Mulai hari ini jika anda melawat Istana Negara Lama anda akan dapat menyaksikan Upacara Pertukaran Pengawal dihadapan Istana berkenaan. Upacara Ini yang dapat disaksikan dua kali sehari iaitu pada jam 10:00hrs dan 15:00hrs merupakan satu lagi daya tarikan pelancung ke Istana Negara Lama. Dalam upacara ini anda akn dapat menyaksikan dua pengawal yang berpakaian kemas seperti dalam gambar nie berkawad masuk dan dua lagi akan berkawad keluar. Tapikan ........... mengapa warna kuning dipilih untuk dipakai oleh pengawal Istana?
Hari ini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, YB Datuk Seri Dr Rais Yatim telah menyaksikan buat pertama kalinya upacara pertukaran pengawal yang diadakan di Istana Negara lama ini. Turut serta menyaksikan upacara ini adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Timbalan beliau Datuk Dr Rothiah Omar.
Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kenyataanya selepas menyaksikan upacara ini memaklumkan :-
- Upacara ini akan mempamerkan tradisi dan budaya milik kita yang menjadi amalan pada zaman Kesultanan Melayu dahulu kala dan pada zaman ketika Istana Negara dikawal oleh mereka yang gagah perkasa.
Jika anda semua ada kelapangan terutamannya pada musim cuti sekolah yang hampir tiba ini, bawalah keluarga anda terutamanya anak-anak kita untuk menyaksikan upacara yang akan diadakan setiap hari pada jam 10:00hrs dan 15:00hrs sahaja. Marilah kita mendedahkan sedikit sebanyak megenai institusi beraja dinegara kita kepada golongan muda terutamanya anak-anak kita. Jangn lupa menyaksikan upacara ini yerrrrrrrrrrr.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.