14.11.2012, Rabu - Seorang kerabat diraja Arab Saudi yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh pekerjanya di London akan dibenarkan pulang ke Arab Saudi. Putera Saud Abdulaziz bin Nasser Al Saud sedang menjalani hukuman penjara di London selama dua tahun itu akan menyambung semula hukuman berkenaan di Arab Saudi. Perkara ini berlaku kerana adanya Perjanjian Pertukaran Banduan diantara Britain dan Arab Saudi bermula Ogos lepas, Putera Saud merupakan salah seorang diantara 11 banduan Arab Saudi yang akan dihantar pulang ke negara berkenaan untuk menjalani baki hukuman penjara mereka manakala lima banduan British yang merengkok dalam penjara di Arab Saudi akan dihantar pulang ke Britain dan akan menghabiskan baki hukuman penjara mereka di penjara Britain.
Pada Oktober 2010, Putera Saud yang berusia 36 tahun itu didapati bersalah membunuh pekerjanya yang berbangsa Sudan, Badar Abdulaziz berusia 32 tahun disebuah Hotel Lima Bintang di The Landmark Hotel, Marylebone. Kejadian berlaku pada 15 Februari 2010 dimana beliau yang dalam keadaan mabuk telah menumbuk Badar Abdulaziz sebanyak 37 kali dibahagian mukanya seperti orang menumbuk "punch bag". Pada mulanya Prince Saud cuba menutup kes pembunuhan ini dan menyatakan kepada pihak polis bahawa kecederaan yang dialami oleh Badar Abdulaziz adalah kerana diserang disebatang jalan di London beberapa minggu sebelumnya. Walau bagaimanapu helah putera raja itu tidak menjadi kerana rakaman CCTV hotel berkenaan menceritakan segala-galanya perbuatan yang beliau lakukan kepada Badar Abdulaziz sehingga membawa kepada kematiannya. Beliau juga tidak mendapat immunity sebagai keluarga diraja Arab Saudi dalam kes ini.
Tak tahu apakah nasib akan menimpa Putera Saud bila dihantar semula ke Arab Saudi kerana mungkin akan berhadapan dengan hukuman yang lebih berat lagi dibawah Undang-Undang Islam kerana kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan semasa berada di luar negara. Gambar diatas menunjukkan Putera Saud disebelah kiri sekali manakala disebelah kanan adalah Allahyarham Badar Abdulaziz. Al-Fatihah ......... Semuga Roh Allahyaham Badar Abdulaziz ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber :- The Telegraph/BBC
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.