20.11.2012, Selasa - Pada hari Ahad lepas bersamaan 18.11.2012, President Amerika Syarikat, Barack Obama yang berada di Thailand untuk lawatan rasmi negara telah mengadap Raja Thailand His Royal Majesty King Bhumibol Adulyade di Siriraj Hospital, Bangkok. Tentu anda tertanya-tanya mengapa Mister Prisedent mengadap baginda di hospital bukan di Istana Diraja?. Keadaan berlaku kerana Siriraj Hospital adalah tempat persemayaman baginda semenjak tahun 2009 lagi hingga sekarang. Baginda terpaksa bersemayam di hospital ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh baginda. Jika berlaku sebarang kecemasan, rawatan segera akan dapat dilakukan kepada baginda dengan kemudahan terkini yang disediakan di hospital ini. His Royal Majesty King Bhumibol Adulyade akan menyambut hari ulangtahun keputeraan baginda yang ke-85 tahun bulan hadapan.
Sumber :- Royaltynu / Pattaya Mail
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.