Saturday, November 17, 2012

Pagi Sabtu Di Rawang Residence

17.11.2012, Sabtu - Salam dan Selamat Pagi semua.  Hari nie Syah di Rawang Residence dan tak kerja sebab hendak berehat kerana letih rasanya asik bekerja jer pada waktu cuti dan shukur alhamdulillah berkat usaha Syah tu kerja-kerja berkenaan hampir siap dan macam biasalah lepas nie ada benda lain hendak dikejarkan pula sebab Account Closing pada Khamis depan dan bayaran peserta Skim Latihan 1 Malaysia  yang harus disettlekan sebelum due date nya......... Hehehehhe dah kerja nak buat macam mana dan Syah happy dengan kerja Syah. Apa-apapun kita kena happy dengan apa yang kita buat baru kita tidak tension walaupun terpaksa buat banyak kerja. Pagi nie untuk breakfast Syah buat Sandwich Sardin sahaja kerana itu jew yang ada dan sardin tu ballance malam tadi.  Tak lupa macam biasa ubat-ubat Syah tu ler.  Syah kan dah lama jarang ada di Rawang Residence lately sebab tu Syah tak beli banyak stock.  Lepas nie kenalah beli barang-barang dapur sebab Syah dah mula stay di Rawang Residence seperti biasanya.  Lunch nanti mungkin Syah buat  Mee Segera sahaja dan petang nanti ingatkan hendak ke Pekan Rawang beli groceries apa yang patut .

Pagi tadi Syah bangun lewat sedikit dan selepas Solat Subuh Syah bersihkan Car Porch dan siram bunga serta pokok-pokok.  Lepas tu bersihkan AEL 67 Syah.   Pagi tadi panas dan Syah jemur baju yang Syah basuh malam tadi.  Sekarang jam 10:32hrs dan cuaca mula mendung dan best juga sebab redup sedikit Syah, kerana Syah mentenet kat luar rumah nie kat kerusi yang anda lihat dalam gambar tu sambil mendengar radio.  Ok lah semua sehingga bertemu lagi dilain entry................. Byeeeeee

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.