11.03.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Negara kita, Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa. Istiadat menerima mengadap diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Kelihatan Tuanku Hassanal Bolkiah bertukar-tukar cenderahati dengan Dato' Sri Ali Hamsa. Dato' Sri Dr Ali Hamsa berada di Brunei untuk lawatan kerja rasmi.
Sumber : Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.