08.11.2012, Khamis - Salam dan Selamat Tenghari semua dan berjumpa lagi kita yer. Lunch apa hari nie dan Syah macam biasa Young Tau Foo dan Wantan Mee Kicap Kosong. Perjalanan ke tempat kerja ada masalah sedikit hari nie. Dari Rawang Residence ke KTM berjalan lancar cuma Komuter jer meragam sedikit pagi tadi. Timing Komuter jam 07:00hrs lari menyebabkan scheduled train berubah dan terpaksa berhenti lama dibeberapa tempat untuk menunggu signal clearance daripada Information Center untuk mereka meneruskan perjalanan. Kalau tak bertembunglah jawapnya. Biasanya jam 08:00hrs Syah sampai KL Sentral tetapi pagi nie 08:20hrs baru sampai KL Sentral dan resultnya lambat masuk kerja. By the way Hari nie Syah hendak ucap jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia kerana dengan inisiatif mereka KTM telah mengeluarkan Kad Komuter 1 Malaysia untuk semua warganegara. Istemewanya pemegang kad nie akan mendapat tawaran potongan harga 50% tambang komuter. Caranya mudah sahaja, apabila and membeli tiket sila tunjukkan sekali kad Komuter 1 Malaysia ini dan anda akan mendapat diskaun 50% harga tiket anda.
Untuk memperolehi kad ini anda perlu mengisi borang Kad Komuter 1 Malaysia di stesyen-stesyen terpilih KTM. Yang Syah tahu ada di Aras 2, KL Sentral dan Kepong Sentral. Untuk stesyen yang lain sila berhubung Stesyen KTM ditempat anda. Syah mohon di Kepong Sentral semalam. Caranya mudah sahaja, anda perlu mengisi borang yang disediakan oleh KTM dan sertakan satu salinan kad pengenalan. Jika tidak membawa salinan kad pengenalan, tak mengapa? dont worry kerana KTM menyediakan perkhidmatan mesin photostate dengan kadar bayaran RM0.40 bagi satu salinan sahaja. Yuran dikenakan sebanyak RM1.00 sahaja seorang. Selepas kita serahkan salinan kad pengenalan dan borang berkenaan mereka akan menyerahkan kad tersebut kepada kita dan kita perlu menulis nama dan no. kad pengenalan kita dibelakang kad tersebut. Tujuannya adalah kerana dari masa ke semasa jika perlu mereka akan membuat pemantuan dan memastikan hanya pemegang kad yang sah sahaja menggunakan kad berkenaan untuk membeli tiket. So jangan berani-berani beri kad anda pada orang lain kerana dibelakang tu ada tertulis nama dan no kad pengenalan anda. Jika nasib baik ok tetapi jika nasib tak baik siapa yang kena nanti.........kan?
Memang menjimatkan, sebagai contohnya tambang Syah sehala dari Rawang ke KL Sentral sahaja RM3.60 dan dengan diskaun ini Syah hanya bayar RM1.80. Jika seminggu tambang Syah dari Rawang ke KL Sentral berjumlah RM36.00 tetapi mulai semalam Syah hanya perlu membayar RM18.00 sahaja. Memang menjimatkan, dari rumah ke pekan tambang Syah RM1.00 manakala dari KL Sentral ke Kerinchi tak silap Syah RM1.60. Syah biasanya gunakan kad touch & go. Ok lah semua Syah nak sambung kerja nie dan sekali lagi terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional yang sudi membantu kami. Lupa nak cerita, Kad ini sah laku digunakan sehingga 31 Oktober 2013. Bayangkan berapa banyak kami pengguna komuter nie boleh berjimat.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.