Sunday, November 4, 2012

Hari Nie

04.11.2012, Ahad - Salam semua dan apa khabar pagi nie dan Syah sentiasa berdoa agar kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. Pagi nie Syah datang office untuk siapkan kerja-kerja Syah.  Pagi tadi dari KL Residence Syah keluar macam biasa dan bila sampai depan LRT lihat banyak orang berkumpul.  Rupa-rupanya hari Ahad memang LRT dibuka jam 08:00hrs bagi sesetengah stesyen untuk beberapa bulan nie kerana mereka ada kerja-kerja maintenance tak silap Syah.  So terpaksalah menunggu dan Syah mengisi masa lapang sambil menunggu tu untuk beli bihun dan kuih ...hehehhehe...........  Bihun tu Syah makan sambil duduk atas tangga LRT dan lepas tu makan ubat.  Kuih Syah bawa ke office. 5 minute to eight pintu dibuka dan kami semuanya masuk ke stesyen LRT dan Syah sampai jam 08:45hrs @ Menara TM.

Malam tadi ingatkan hendak ke Pasar Malam Jalan TAR  tetapi bila sampai stesyen LRT Masjid Jamek hari hujan lalu Syah cancelled dan naik semula LRT untuk ke KLCC. Disebabkan hampir Maghrib, sampai jer KLCC, Syah terus ke surau untuk Solat Maghrib.  Mak Aiii.......... penuh sesak surau dan terpaksa menunggu giliran.  Surau KLCC nie besar dan agaknya boleh memuatkan lebih 50 orang sekali solat. Suka tengok orang KL nie walaupun merayap jalan-jalan dengan keluarga atau teman-teman tetapi kewajipan kepada Ugama tak dilupakan termasuklan diri Syah sendiri.  Syah group kedua, lepas Syah solat masih ada lagi group yang menunggu giliran untuk kami keluar dan mereka masuk untuk bersolat. Shukur Alhamdulillah........ 


Lepas Solat Syah ingat hendak mamam Mee Sup macam biasa tetapi tukar fikiran makan McD sahaja di food court.  Apa lagi pileh set McValue Dinnerlah yang paling murah sekali dan tambah ice cream.  Syah minta air tak mau ice tetapi diletaknya juga ice.  Ice cream agak cair sedikit sebab Syah nampak dia ambil dalam petisejuk mungkin ada orang tak jadi beli tadi kot dan dia campurkan strawberry jer.  Ingatkan hendak complain tetapi tak apalah ok jew sebab mood baik malam tadi. lagipun  bukan lebihan orang makan kan? Lepas makan Syah pusing-pusing sekejap dan terus ke Surau untuk Solat Insyak.

Lepas Solat ingatkan hendak balik tetapi nampak macam ada Show baru nak start kat depan kawasan air pancut KLCC dan Syah terus ketempat tu.  Tetapi hari sudah hujan dan para penonton kebanyakannya dihadapan KLCC sahaja dan tidak kehadapan pentas sebab hujan.  Tetapi Syah sempat lari sedikit kepentas dan berada dalam khemah tu. Apa lagi memang dapat lihat dari dekatlah show tu sebab kita dalam khemah yang menempatkan pentas tu.  Macam Syah nie comitte mereka pula dan tak lepaskan peluang nie untuk ambil gambar.   Sudi-sudikan ke FB Syah kalau hendak tengok gambar-gambar yang Syah ambil malam tadi kat persembahan kebudayaan dari pelajar-pelajar sekolah sempena Hari UNISCO Malaysia 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4453830477277.163596.1635014501&type=1 .  Walaupun mereka nie pelajar tetapi persembahan mereka memang "Superb" dan Syah bagi LIMA Bintang.   Tahniah pada adik-adik semua.  Peserta paling muda berusia 2 tahun mengambil bahagian dalam show nie dari Negeri Sembilan bermain alat tradisional mereka., cute sangat dia memukul kompang.  Gambarnya ada dalam Album FB Syah tu.  Click jer okey. Show habis jam 10:00hrs dan lepas tu Syah terus balik ke KL Residence. Rupa-rupanya malam tadi (Setiap Sabtu dan Ahad) LRT tamatkan perkhidmatan Jam sebelas malam dan dibuka semula jam lapan setengah pagi untuk beberapa bulan nie.

Ok lah semua, Syah hendak sambung kerja dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry. Byeeeeeeeeeeeeeeee


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.