10.11.2012, Sabtu - Salam dan apa khabar semua dan Syah harap everyting going to be as scheduled. Keadaan di luar Rawang Residence Syah mula cerah dengan pancaran matahari mula bersinar yang menandakan tak akan hujan pagi nie tetapi tak tahulah petang nanti. Hari ini anak saudara Syah dan sepupu Syah ada buat majlis Akikah untuk baby mereka yang baru lahir tetapi dua-dua majlis Syah tak dapat pergi. Pagi nie bawah ketiak Syah macam bengkak dan sakit sedikit, malam tadi Syah rasa macam gatal dan garu dan bangun pagi nie rasa sakit pula. Ada masanya bawah ketiak Syah memang macam nie. Sekarang nie hidung Syah tersumbat macam nak selsema mungkin jangkit dengan member-member office yang ada dua orang selsema. Mungkin nanti nak ke kelinik dan kalau ikut plan hendak kerja hari ini, tengoklah macam mana nanti. Minggu depan cuti panjang dan Syah tak cuti dan ambil waktu cuti tu untuk settlekan kerja-kerja Syah. Bukan apa ............... mudah sikit bila buat kerja waktu cuti nie coz tak ada orang nak ganggu dan kerja kita berjalan lancar. Kalau hari biasa, belum habis satu, masalah lain pula yang datang dan kena disettlekan dan kerja yang kita buat tergendala. Memanglah kalau tak ada masalah bukanlah kerja namanya, so kita kena bijak mencari alternatif lain supaya kerja kita itu "jalan". Apa-apapun Syah happy dengan kerja Syah sekarang walaupun busy giler tetapi syok pula rasanya terutamanya jika masalah yang rumit tu dapat diselesaikan.
Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.