18.11.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua. Sekarang waktu rehat dan anda semua lunch apa hari nie bersama tersayang atau keluarga ? Syah makan Mee Segera sahaja coz hari nie Syah buat kerja sedikit kat office. Perjalanan dari Rawang Residence ke KL berjalan lancar cuma Syah termengah-mengah mengejar bas. Syah keluar rumah jer .......... bas sudah datang lalu Syah kena berlari kat tempat laluan bas seterusnya kerana sekarang nie bas tu tak patah balik untuk keluar sebab dia guna jalan lain. Dulu senang sedikit, kalau bas terlepas masuk taman, Syah akan tunggu sahaja kat jalan depan rumah kerana dia berpatah balik untuk keluar tetapi sekarang tak lagi. Tak apalah exercise pagi kan? Gambar kat sebelah nie diambil dalam Komuter pagi tadi khas untuk anda semua.... Ewahhhhh....Heheheh.
By the way semalam my Lill Sister Intan dan hubbynya datang melawat Syah kebetulan mereka ada function kat taman depan Rawang Residence Syah. Syah ke Pekan Rawang selepas Asar. Masa Intan call tu Syah baru nak ke Giant beli groceries. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Syah pun belilah mineral water 10 liter tu 3 botol dan lain-lain keperluan sebab dia nak fetch Syah kat Pekan Rawang. Jika naik bas, Syah beli satu jer sebab berat nak bawa banyak dan tak sesuai naik bas. Satupun orang dah pelik tengok Syah bawa botol air besar............. Hehehhe "Kelako Kata Ko?" tetapi itulah hakikatnya. Nak buat macam mana kereta ada tetapi tak boleh bawa sebab tak ada lesen.
Pagi tadi Ayahanda call informed Bonda Saudara sebelah Almarhumah Bonda Syah sakit begitu juga dengan suaminya. Esok Ayahanda dan Bonda Tiri Syah akan menjenguk mereka di Bagan Datoh, Perak. Syah doakan agar Mak Anjang dan Suaminya agar cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin. Ok lah semua............. Selamat berhari Minggu yer dan habiskan waktu hari rehat nie untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara anda dan keluarga, orang tersayang mahupun jiran tetangga. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.