02.10.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum yang berada di Jepun telah mencemar duli melawat Tokyo Skytree Tower di Tokyo. Tokyo Skytree Tower merupakan Menara tertinggi didunia dengan ketinggian 634.0 meter atau 2,080 kaki. Menara ini mula dibuka pada 22 May 2012 dan mendapat pengkitirafan daripada Guinness Book of World Records sebagai Menara paling tinggi di dunia. Kelihatan Seri paduka Baginda berdua sedang melihat replika menara berkenaan di salah sebuah kedai cenderahati di menara tersebut. Tuanku Abdul Halim dan rombongan berada di Jepun untuk lawatan rasmi negara mulai 01 hingga 05 September 2012. Keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan rombongan disambut oleh Mr Michiaki Suzuki, Presiden bagi Tobu Tower Skytree Co Ltd.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.