Saturday, October 13, 2012

Hari Ini


13.10.2012, Sabtu - Salam dan apa khabar semua,  Hari nie Syah datang office untuk siapkan kerja-kerja Syah dan sekarang waktu lunch dan sempatlah update blog sket. Pagi tadi komuter dari Rawang ke KL Sentral agak lambat dan banyak berhenti lama sementara menunggu isyarat dari menara kawalan mereka dan akhirnya Syah sampai lambat hari nie.  Dalam komuter pula tiba-tiba pening kepala dan beli panadol tadi kat KL Sentral tetapi bila sampai office ok plak, so tak jadi makan ubat tue.  Semalam appointment dengan Dr Vijey berjalan lancar dan Dr minta nurse keluarkan benang kat jahitan Syah kerana benang tu masih ada lagi.  Ok lah keadaan piles Syah sekarang sudah beransur pulih cuma Syah hari-hari sembelit dan doktor minta Syah berhati-hati kerana ini tak elok untuk masalah piles Syah.  Boleh dikatakan kesihatan Syah ok cuma ada masa-masanya bila buang air kecil rasa sakit sedikit macam kebiasaannya tu dan mungkin ada kena mengena dengan epididymis Syah .  Ok lah Syah nak sambung kerja semual dan hingga berjumpa lagi yer semua..... Doakan Syah sihat yer...........

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.