03.10.2012, Rabu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menerima tetamu dari Australia ke negara Baginda iaitu Gabenor General Australia, Her Excellency Quentin Bryce dan suaminya Micheal Bryce. Gabenor General Komanwel Australia adalah wakil kepada Ratu Australia (iaitu Elizabeth II, Ratu Australia). Gabenor Jeneral Australia mempunyai kuasa eksekutif tertinggi di Australia. Fungsi dan peranan Gabenor Jeneral Australia ini termasuklah melantik duta, menteri dan hakim, memberi Perkenan Diraja terhadap undang-undang, mengeluarkan writ pilihan raya dan mengurniakan kehormat.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Wikipedia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.