18.09.2012, Selasa - Berikut adalah teks ucapan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang diadakan pada 16.09.2012 lepas sempena perkahwinan Puteri Baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. Istiadat Bersuruh Diraja ini berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Brunei di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.
"Beta dengan sukacita mengalu-alukan kedatangan biskita kerana membawa hasrat akan menyerahkan anak biskita Pengiran Haji Muhammad Ruzaini kepada Beta.
Beta dan keluarga dengan ini menerima baik hasrat tersebut sambil berdoa semoga Allah akan sentiasa meluruskan serta memberkati.
Sebagaimana dimaklumi istilah Istiadat Bersuruh adalah permulaan untuk menyusun rancangan-rancangan Istiadat Perkahwinan yang mana dengan ini Beta sukacita mengurniakan Gendang Jaga-Jaga kepada biskita yang akan dipangku oleh Paduka Adinda Duli Pengiran Bendahara. Miatutah saja dari Beta."
Sumber :- Pelita Brunei / Jabatan Penerangan Brunei
i am proud to be a Bruneian :) we love His Majesty.
ReplyDelete