21.09.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua pembaca blog Syah. Terima kasih atas sokongan anda kepada entry-entry Syah selama ini. Semalam sahaja statistik pengunjung Syah menunjukkan angka 2439 satu angka yang sekali sekala sahaja akan berlaku terutamanya jika ada berita-berita terkini yang menjadi tumpuan umum. Entry Syah nie naik disebabkan updates mengenai Perkahwinan Diraja Brunei diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Sepanjang minggu ini pelbagai istiadat diadakan mengikut adat istiadat diraja Brunei. Hari Ahad nanti akan diadakan Istiadat Bersanding pula sekitar jam sepuluh pagi.
Pagi nie Syah ada appointment dengan Dr Vijay di Assunta Hospital dan sebentar nanti jam 07:30hrs, Syah akan bertolak ke Assunta. Muss baru sekejap tadi bertolak ke tempat kerjanya dan dia ada tanya nak tumpang sekali tak? dan Syah informed ada appointment dengan hospital pagi nie. Lepas appointment Syah akan balik ke Rawang Residene. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry doakan Syah sihat yer kawan-kawan semua dan Syah sentiasa mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.