Monday, September 17, 2012

Syah Sudah Keluar Hospital


17.09.2012, Isnin - Salam dan apa khabar semua.  Syah keluar hospital Assunta pada Ahad 16.09.2012.  Syah masuk hospital hari Khamis tengahari dan petang tu hampir jam 16:00hrs pembedahan kecil tu berjalan tak sampai 30 minit dalam keadaan Syah sedar dalam OT (operation theatre) dan hanya dibius sahaja.  Mak aii............ sakitnya masa dia cucuk kat bahagian tempat buang air besar tu untuk injek ubat bius, Allah sahaja yang tahu sakitnya.   Lepas keluarkan darah beku tu Dr. Vijay jahit supaya benda tu tak jadi semula tetapi jika masa pass motion keras atau meneran,  kemungkin akan jadi semula.  Masa buat operation tu kaki kena naik keatas sejenis peralatan dan senang kata macam orang hendak bersalin tu ler.......heheheh Adoi letih dibuatnya dan nurse semuanya friendly dan taklah malu sangat rasanya dan by the way mereka pun tak heran coz dah macam-macam orang punya mereka dah tengok kan? hahahhaha.......

 Lepas operation mereka tolak Syah naik ke wad semula dan lepas tu barulah terasa sakitnya bila bius dah habis.  Tak lah sakit gila tetapi sakitlah rasanya dan sampai sekarang ada masanya sakit tu terasa lagi dan Syah tak boleh duduk dengan betul. Actually hari Jumaat tu Syah dah boleh balik dan kebetulan my brother Muss datang dan Syah minta dia bawa beg pakai Syah balik dahulu dan ingat hendak balik "lengang kangkung". Tiba-tiba ada bleeding kat tempat jahitan Syah dan refer kat nurse dan akhirnya kena tahan sebab mereka nak observe takut bleeding tu berlarutan dan doktor arahkan Syah berpuasa. Alamak ......... seriau bila suruh puasa takut kena operation semula tetapi akhirnya pendarahan tu semakin berkurangan.

Masalah pula Syah kat hospital coz beg Muss dah bawa balik dan beberapa peralatan mandian dan ubat-ubat Syah dalam beg tu. Muss pula malam tu dah bertolak ke Kuantan. Untung baju balik rumah Syah dah keluarkan dan di wad Syah pakai baju hospital dan Syah minta dari nurse towel sahaja. Antara yang melawat Syah adalah Muss, Mamat dan Izah, Kak Lang & family dan Hafis & family.  manakala Ayahanda, Kak Long Zainab, Kak Ngah Normah serta my lill sis Intan selalu call Syah di Assunta bertanya khabar sebab mereka tak dapat hendak ziarah Syah.  Macam biasa banyak dapat buah tangan seperti buah-buhan dan biskut.  Mamat bawakan Syah ubat dan berus gigi ......... selamat sedikit ada penyelamat coz semuanya keperluan harian ada dalam beg yang Mus dah bawa balik tu  Manakala ubat pula Syah minta dari Dr dan Nurse kecuali supplement  jer mereka tak ada.

Syah dibenarkan keluar tenghari Ahad dan terus ke KL Residence.  Dari hospital naik teksi ke LRT Taman Jaya untuk ambil LRT ke Stesyen Melati dan dari Melati naik teksi ke KL Residence coz tak larat nak jalan kaki. Dr bagi Syah berehat seminggu tetapi mungkin Syah akan on and off ke office  untuk settlekan kerja-kerja urgent kerana Kak Rose operation kaki dan my boss Dek Nor tunggu hari nak bersalin dan hanya tinggal Big boss Syah Saiful dan Abang Talib sahaja. Kesian pula mereka kalau Syah tak datang terus dan kalau nak terus kerja tak boleh sebab Syah tak selesa duduk lama-lama coz terasa sakit kat tempat jahitan tu. Nak buat macam mana kan? dah nak jadi macam nie dan Syah tak rancangpun nak masuk hospital lama-lama.  Walaupun  pembedahan Khamis lepas kecil sahaja tetapi sakitnya lebih daripada laser operation yang Syah buat beberapa bulan lepas yang hampir tak sakit langsung. 

Jutaan Terima Kasih Syah ucapkan kepada keluarga dan rakan taulan serta teman-teman FB dan last but not least para pembaca blog tengkusyah yang mendoakan agar Syah cepat sembuh. Syah juga mendoakan agar kalian dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Amin............ Ok lah Syah gtg dan hingga berjumpa lagi dilain Entry dan doakan agar Syah cepat sembuh yer.

2 comments:

  1. ada petua yg mengatakan elakkan membaca ketika membuang air besar. moga cepat sembuh. jaga pemakanan ye.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih saudara/saudari atas petua yamg diberikan. Maksudnya tu kalau buang air besar jangan lama-lama (bertengong/duduk) kerana membaca akan melekakan kita dan berada dalam posisi buang air besar dengan jangkamasa yang lama kerana hendak menghabiskan bacaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.