Setelah hampir dua tahun kes berjalan, semalam Majistret Noor Aisyah Ahmad telah memerintahkan agar Ahmad Asri membayar denda sebanyak RM10,000.00 kepada Mahkamah dan RM40,000.00 kepada En Zainal sebagai pampasan. Majistret Noor Aisyah juga memerintahkan Ahmad Asri dipenjara masing-masing 36 bulan dan lapan bulan sekiranya gagal membayar denda kepada mahkamah dan pampasan kepada mangsa. Keputusan telah dibuat setelah Majistret Noor Aisyah berpuashati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah. Seksyen 426 Kanun Acara Jenayah telah digunakan untuk mengarahkan Ahmad Asri membayar wang pampasan berkenaan.
Majistret Noor Aisyah Ahmad juga telah menolak permohonan peguam kepada Ahmad Asri, Roy Angau Anak Gingkoi yang telah membuat permohonan kepada mahkamah mengurangkan denda dan menanguhkan perlaksanaan hukuman.
Sumber :- Kosmo
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.