24.09.2012, Isnin - Malam tadi telah diadakan Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan ini dihadir oleh para jemputan khas dari dalam dan luar negara, menteri-menteri kabinet dan kerabat-kerabat Diraja Brunei termasuklan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita sayangi dan sanjungi tak lain tak bukan iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sementara itu Majlis Istiadat Malam Jaga-Jaga dijalankan seperti biasa di Istana Nurul Iman dan di kediaman Pengantin Diraja Lelaki di Kampung Beribi.
Sementara itu Majlis Istiadat Malam Jaga-Jaga dijalankan seperti biasa di Istana Nurul Iman dan di kediaman Pengantin Diraja Lelaki di Kampung Beribi.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.