25.09.2012, Selasa - Hari ini telah diadakan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang menandakan tamatnya sambutan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga diadakan di Istana Nurul Iman dan juga dikediaman penganti diraja lelaki di kampung Beribi. Dengan ini berakhirlah sudah sambutan Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja yang bermula pada 16.09.2012 lepas dan berakhir hari ini. Semuga Allah Peliharakan Pengantin Diraja.
Sumber :- RTB4
Sumber :- RTB4
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.