22.09.2012, Sabtu - Kenal lagi tak siapakah gerangannya Wanita dalam gambar ini? 1st time lihat gambar nie Syah tertanya-tanya siapakah wanita disebelah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah nie? Hemmmmmmmmmm ........... setelah di informed oleh penghantarnya Naning, baru Syah tahu bahawa wanita dalam gambar ini adalah Mazwin Hamzah bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri. Lainkan muka Maziun Hamzah sekarang nie. Gambar nie diambil sewaktu Mazwin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas. Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11.12.1987 dalam usia 23 tahun dan kemudiannya berpisah setelah 17 tahun hidup bersama, Dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan? Bak kata orang berat mana mata memandang berat lagi bahu memikul. Ada masanya kekayaan bukanlah satu keutamaan dalam hidup ini kerana ada yang lebih penting lagi dari kekayaan iaitu kebahagian. Kepada para peminat Mazwin Hamzah, Syah berharap dengan gambar ini dapat mengubati kerinduan anda semua kepada beliau. Terima kasih Naning atas kiriman gambarnya.
Sumber :- Naning
betul ker mazuin hamzah..kalau betul saya nak share dalam blog saya yer..terima kasih
ReplyDeletelaaaa patut pun kena cerai..sebab tak tutup aurat..mungkin sudah lama kot Pengiran Sufri tu memandang marah nya pada Mazuin ni..yalah kan semua kaum hawa kerabat Brunei tu menutup aurat..mcm tu jg dgn Azrinaz..Tabik dan bangga dgn Sultan Brunei..
ReplyDeleteBangang betul komen kit atas ni..ramai je org Brunei x tutup aurat..kerabat tutup aurat masa majlis rasmi pun ada..nampak sgt statement dengki ng org Malaysia..
ReplyDeletekahkah..kena cerai pasai tak tutup aurat? bini baru pengiran sufri tu pun togel jugak..pakai tudung bila ada majlis2 saja..keluar istana pi over the sea, nah singkat sana sini..
ReplyDelete