19.02.2012, Rabu - Semalam anak saudara Syah Firdaus balik dari kelas dia terus tunjukkan akhbar Harian Metro kepada kami. By the way sehari dua lepas keluar hospital nie Syah stay di rumah Kak Lang Ella di Ampang. Rupa-rupanya gambar bapa dia Azam keluar dalam paper tu. Kebetulan Azam ke Tanah Suci untuk mengerjakan Ibadat Haji pada tahun ini dan bertolak pada 17.09.2012 lepas, kira hari pertama penerbangan dengan KT03. Kami semua menghantarnya ke Tabung Haji Kelana jaya jam empat pagi pada hari berkenaan. Jika tiada halangan, Insyallah Azam dijangkan balik semula ke Kuala Lumpur pada 02.11.2012. Gambar Azam adalah yang palig hadapan sekali sebelah kanan yang menundukkan mukanya tu. Biasalah dia nie memang low profile sket. Agaknya dia tahu ada camera nak ambil gambar tu yang dia tundukkan muka tu............hehehehhe. Malam tadi dia ada call Kak Lang Ella informed dia sudah selamat sampai ke Madinah. Syah doakan agar Azam selamat pergi ke Mekah dan selamat kembali semula ke Kuala Lumpur semuga mendapat Haji Yang Mabrur dan dipermudahkan segala urusan beliau di Tanah Suci, Amin.
Yang paling sedih adalah anak bungsunya, Ku Chik dan semalam dia tak ke sekolah kerana malam tu dia asik menangis teringatkan ayahnya dan hanya boleh tidur jam 02:00hrs dan pagi tu dia nampak letih sangat tak cukup tidur dan Kak Lang Ella kata tak perlu ke sekolah cuma petang tu sahaja dia ke sekolah agama. Malam tadi Kak Lang Ella rasa risau gak takut dia buat hal lagi tetapi shukur alhamdulillah dia dah ok dan boleh tidur awal cuma semua orang bangun lewat pagi nie hampir jam 07:00hrs. Subuh tadi pula lutut Syah luka sedikit sebab terjatuh kat tikar (tersagat) tak tahu macam mana boleh jatuh masa nak bangun. Ingat kan hendak ke office sekejap hari nie tetapi Syah tak sihat dan demam malam tadi, so tak jadi pergilah hari nie. Mulai petang semalam Syah sudah rasa tak sihat dan lemah-lemah badan serta rasa sejuk dan hidung tersumbat. Ok lah semua .......hingga berjumpa lagi dilain Entry.
kena hati2 jalan bila lepas op. cuba cari bantal yg berbentuk pelampung (donut) utk dilapik atas kerusi dan duduk diatas bantal ni mmg sesuai utk mereka yg ada piles. sy pun pernah buat surgery piles ni lama dulu. ada yg kata piles ni keturunan. selain jgn membaca dlm bilik air, jgn suka lama2 dlm tu. itu kan tempat.... kira kalu boleh kita 'hit and run' je.
ReplyDelete