10.09.2012, Isnin - Dukacita dimaklumkan salah seorang ahli keluarga Syah telah kembali ke Rahmatullah semalam 09.09.2012. Allahyarham merupakan suami kepada sepupu Nenda Syah dan kami panggilnya Pak Hitam. Berita ini disampaikan oleh Kak Long Zainab selepas solat Maghrib semalam. Pak Hitam nie sudah agak tua dan tinggal bersama anaknya Kak Nisah selepas kematian Isterinya Mak Hitam. Semalam, seharian anaknya mencari Allahyarham tetapi tak jumpa dan akhirnya petang semalam orang kampung yang mencari menjumpainya disalah satu kebun kepunyaan Allahyarham. Semasa dijumpai Allahyarham dalam keadaan badannya tertumus ke tanah dan sudah tidak bernyawa lagi. Allahyarham tinggal di Sungai Haji Dorani dan berusia dalam lingkungan 80an. Gambar ini diambil sewaktu Kak Lang Ella ke rumah Allahyarham Pak Hitam semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.
Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Pak Hitam sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ...............................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.