Menurut beliau lagi acara akan dimulakan dengan majlis solat hajat, bacaan yassin dan tahlil di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung dan semua masjid dalam negeri Terengganu. Acara utama adalah pada 30.09.2012 iaitu istiadat penghadapan, istiadat pengurniaan gelaran, bintang-bintang kebesaran negeri yang akan berlangsung di Balairong Seri Istana Maziah. Pertunjukan bunga api dan bot berhias yang merupakan acara kegemaran rakyat Terengganu akan diadakan di Dataran Syahbandar pada 06.10.2012. Manakala kejohanan kuda lasak Piala Sultan Mizan yang merupakan acara tahunan akan bermula pada 19.10.2012 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan acara-acara yang akan diadakan sempena sambutan hari Keputeraan Sultan Terenggani ini.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.