01.09.2012, Sabtu - Semalam 31 Ogos genaplah 15 tahun pemergian Princess Diana meninggalkan kita semua. Bak kata pepatah orang Melayu, Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama. Begitulah juga dengan mendiang Princess Diana yang masih lagi segar dalam ingatan setiap individu sebagai seorang Puteri Berjiwa Rakyat dan dikenali bukan sahaja di Britain malah diseluruh dunia. Bonda kepada bakal Raja England ini meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Paris pada 31.08.1997 yang melibatkan mendiang dan Allahyarham kekasihnya yang merupakan anak kepada Jutawan berbangsa Arab, Dodi Al-Fayed. Kedua-duanya meninggal dunia, Diana meninggal dunia dalam usia 36 tahun dan Dodi 42 tahun. Princess Diana ketika itu merupakan bekas isteri kepada The Prince of Wales, Prince Charles. Pemergian mendiang diratapi oleh seluruh dunia dan lebih menyedihkan lagi mendiang meninggalkan dua orang putera, Prince William dan Prince Harry yang ketika itu masih lagi remaja dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.