18.08.2012, Sabtu - Salam dan Apa Khabar Semua. Esok mungkin kita akan berhari raya dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Syah minta Maaf jika ada entry Syah dalam tengkusyah.blogspot.com yang menyinggung hati dan perasaan anda semua. Semasa hari raya ini entry Syah amat terhad kerana Syah berada di kampung dan access ke Internet ada masalah sedikit. Insyallah jika berkesempatan Syah akan update blog. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati dijalanraya semuga kalian selamat sampai ke destinasi yang dituju. jangan lupa ambil langkah-langkah keselamatan supaya tak jadi perkara yang tidak diingini berlaku kepada harta benda kita semasa musim perayaan ini. Berhati-hati memandu dimusim perayaan ini kerana masih ramai lagi yang memerlukan anda terutamanya anak-anak, isteri/suami dan ibu/bapa serta keluarga anda. jangan lupa bertandang ke rumah sanak saudara dikampung bagi mengeratkan lagi silaturrahim semasa keluarga dan jangan asik leka tidur atau melepak didepan TV. Gunalah waktu keemasan setahun sekali ini untuk bertemu dan bermesra dengan sanak saudara Luangkanlah masa ke kubur ahli keluarga kita dan sedekahkan Al-Fatihah / bertahlil kepada mereka disamping membersihkan kawasan perkuburan mereka. Kata sesetengah orang lebih elok ziarah ke kubur pada petang hari raya atau sebelum solat sunat Aidil Fitri kerana roh mereka ada ditempat itu............. Waullahualam.
By the way , gambar nie gambar lama sewaktu sambutan Hari Raya Haji 2011, masa ini Syah agak berisi sedikit. Gambar terbaru belum ada lagi kerana esok baru raya okey ............ hehehehheheh. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry...............
By the way , gambar nie gambar lama sewaktu sambutan Hari Raya Haji 2011, masa ini Syah agak berisi sedikit. Gambar terbaru belum ada lagi kerana esok baru raya okey ............ hehehehheheh. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry...............
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.