02.08.2012, Khamis - Dalam bulan puasa nie sedap jugakan kalau kita cerita pasal makan an............hehehehhe. Pernah dengar tak Nasi Beringin ? Tahukah anda bahawa sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, Sultan Johor ke-2 Era Moden yang memerintah dari tahun 1895 hingga 1959 Nasi Beringin atau juga dikenali sebagai Nasi Beringin Harum atau Nasi Diraja telah mendapat tempat di Istana Johor dan menjadi pilihan utama baginda sebagai menu utama untuk menjamu para tetamu baginda. Nasi ini sesuai dihidangkan bersama acar ikan, ayam masak merah, rendang kambing, acar timun dan bergedel. Syah pernah makan nasi nie dan mula-mula memang pelik sebab tak pernah dengar nama tu sebab kita biasa nasi ayam/minyak/beriyani/arab sahaja kan?
Jika anda berminat hendak mencuba Nasi Beringin nie anda boleh mencarinya di Foodcourt Aras 2, Menara Mutiara Bangsar di Jalan Liku, Bangsar. Syah pernah makan kat situ beberapa tahun lepas. Jika naik LRT boleh turun di Stesyen Abdullah Hukum dan jalan kaki sedikit ke Mutiara Bangsar. Nasi nie mula dijual waktu lunch dan tak silap Syah harganya dibawah RM5.00 (sebab lupa dah lama tak kesana) tetapi bulan puasa nie tak tahu Syah samada iannya dibuka atau tidak. Nasi Beringin ini rupanya macam Nasi Ayam pun ada dan baunya harum seperti nasi minyak tetapi lebih harum lagi.
Resipinya yang Syah dapat google seperti berikut tetapi ada juga yang menambah air mawar serta badam dan gajus. Agaknya sebab air mawar tu kot baunya menjadi harum.
Bahan-bahannya :-
4 cawan beras basmathi
41/2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi/marjerin
2 batang serai (dimayang bulat nipis atau dititik)
5 ulas bawang merah(mayang nipis)
2 ulas bawng putih(mayang nipis)
3 cm halia(ditumbuk lumat)
4 helai daun pandan
2 cm kulit manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
5 butir biji halba
garam secukupnya
Cara Memasak:-
Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan. Panaskan
minyak sapi, goreng bawang hingga kuning
dan wangi. Masukkan halia, rempah
penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga
serai serta daun pandan. Tumis hingga harum. Masukkan santan dan apabila
mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika
menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak
seperti biasa. Bila nasi sudah kering, gembur-gemburkannnya.
Selamat mencuba yer makanan yang menjadi pilihan utama di Istana Johor satu ketika dahulu.
Sumber :- Kesultanan Johor/warisan nenek@mesra.net
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.