10.08.2012, Jumaat - Maaf semua kerana dah hampir dua hari tiada entry daripada Syah kerana Syah kurang sihat. Lately tekak Syah rasa sakit dan hendak demam dan badan rasa panas serta hidung tersumbat. Mungkin kekeringan kerana berpuasa dengan keadaan cuaca sekarang nie. Pagi Khamis semalam bila bangun tidur sahaja, penghilatan mata kiri Syah jadi kabur. Syah cuba kedipkan mata dan biasanya akan hilang tetapi kali nie macam kekal dan lama baru ok serta merimaskan. Ya Allah apa pula masalah nya nie dan Syah sempat solat hajat supaya tak jadi benda-benda yang tak elok pada mata Syah.
Rasa kabur tu kejap ada kejap hilang dan bila Syah lihat lampu, mata sebelah kiri Syah akan nampak macam bulatan atau "hollow". Syah memang ada masalah kat mata dan ianya menakutkan Syah. Sampai office terus Syah ke kelinik Zariff dan doktor terus referkan Syah ke Hospital Pakar Selayang sebab dia pernah referkan Syah kesana tiga tahun lepas. Masa tu Hospital Selayang suspect Syah ada glacoma dan setelah hampir setahun buat pemeriksaan (biasalah hospital pakar kerajaan ramai pelanggan) mereka dapati tiada Glacoma. Shukur Alhamdulillah. Syah memang ada masalah mata kering dan flotters (nampak benda hitam beterbangan bila lihat exspecially benda putih). Ada masanya mat kiri Syah nampak macam ada benda bergerak ada masa-masanya dan dalam keadaan lain bila Syah pandang tiles kat offixe Syah atau Syah pakai ada satu baju belang hitam Syah, Syah akan nampak reflection benda tu kat bahagian bawah mata Syah dan ianya merimaskan.
Dari office pagi semalam terus Syah ke Hospital Selayang kerana tak mahu tangguh-tangguh lagi. Syah naik teksi dan kena caj RM21.00. Proses berjalan lancar sebab Syah pernah ada rekod kat situ tetapi disebabkan sudah hampir tiga tahun mereka minta Syah daftar semula dan kena caj RM30.00 untuk pendaftaran. Mas dalam bilik doktor buat pemeriksaan mata dan Syah terdengar mereka berbincang sesama sendiri dan kata mungkin "retina mata" Syah pecah. Alamak kecut dengarnya. Setelah buat pemeriksaan doktor kata mata Syah sangat kering dan gel-gel yang biasanya ada dalam mata Syah ada yang mengeras dan katanya itu tak ada ubat dan ianya terjadi disebabkan faktor usia. Sebab itu dia kaata Syah rasa macam mata Syah bengkak dan kabur tu. Dia bagi Syah ubat titik " artifical tears" dan next two month kena datang ambil ubat tu lagi. Appointment untuk buat test selanjutnya pada 14.02.2013, Alamak lamanya dan biasalah orang ramaikan menunggu giliran............. mungkin kes Syah nie tak urgent.
Pagi tadi mata syah tak boleh buka dan penuh dengan tahi mata. Syah buat solat hajat dan call Ayahanda informed masalah Syah. Menangis dia mendengarnya dan katanya macam-macam jadi kat Syah lately. Tadi Syah call bonda tiri Syah dan dia informed Ayahanda Syah susah hati sangat pagi tadi. Kemudiannya Syah informed Ayahanda supaya jangan risau sangat. My sister Intanpun call pagi tadi dan hendak fetch Syah ke kelinik dan Syah kata ok sebab kelinik tu kat office sahaja. Dia macam regret kerana masa pergi Selayang tu tak informed dia dan Syah pergi sendirian.
Berbalik pada cerita mata Syah, keadaan mata yang bertahi tu dan sedikit gatal macam orang sakit mata tetapi doktor kat Kelinik dan hospital tak syakpun Syah kena sakit mata. Itu Syah heran tu sebab tak ada antibiotik, Lalu Syah ambil keputusan jumpa doktor lain buat 2nd opinion. Syah ke Kelinik Pusat Perubatan Menara dan Dr Yanti kata jika tengok mata Syah yang merah tu macam sakit mata dan mungkin ada infection. Syah sebelum kena sakit nie tekak Syah sakit dan badan Syah panas. Dia kata ada masanya infection kat tekak boleh juga kena infection kat mata. Kata Dr Yanti sakit matapun boleh menyebabkan pandangan kita kabur sebab infection tu dan mata akan bengkak. Syah informed dia memang mata Syah rasa macam bengkak dan bila sujud untuk solat mata Syah sakit begitu juga bila Syah kedip mata kuat-kuat akan rasa sakit.
Doktor bagi Syah ubat titik dan makan antibiotik serta ubat tahan gatal. ubat titik tu kena pakai 4jam sekali dan yang ubat makan tu Syah akan ambil lepas berbuka puasa dan sahur nanti. Doktor minta Syah jumpa dia semula on Monday. Dia bagi Syah MC dan Syah tak mahu tetapi katanya kena balik juga kesian kat kawan-kawan kalau berjangkit nanti sebab sudah hendak raya. katanya jika Syah pegang mata kena basuh dengan sabun kerana jika tangan kita bersentuhan dengan orang lain boleh menyebabkan jangkitan tu. Sekarang sudah jam 17:00hrs dan mata Syah sudah ok sedikit dan cuma ada rasa sakit sedikit sahaja dan gatal. Bila kedip mata dan sujud tu sakitnya sudah berkurangan dan rasa kabur tu sudah berkurangan juga. bangun tidur tadi ada sedikit tahi mata. Cuma mata sebelah kanan pula dah mula nak gatal-gatal. Oklah Syah nak solat Asar nie, jumpa lagi dilain Entry dan doakan agar Syah cepat sembuh dan mata Syah sihat semula dan tak jadi benda-benda yang tak elok pada mata Syah. Terima kasih semua.
harap syah takde apa2 la...insya allah semuanya ok...anggap sahaja itu cubaan di bulan ramadan....saya pun kena selsema dan batuk ramadan kali ni...banyakkan berehat ok...
ReplyDeletesemoga lekas sembuh
ReplyDelete