20.08.2012, Isnin - Selamat Hari Raya kepada semua dan bagaimana sambutan hari raya anda tahun ini. Hopefully everything going to be ok as scheduled. Tahun nie Syah beraya di kediaman Ayahanda Syah bersama Encik (bonda tiri), Tahun nie Syah tak solat sunat aidilfitri di Masjid tetapi bersolat bersama kedua orang tua Syah di surau berhampiran kediaman Ayahanda Syah. 2nd time beraya dengan Ayahanda, first time di KL sewaktu Ayahanda operation beberapa tahun lepas dan ini adalah kali pertama Syah beraya (1st day) di kediaman Ayahanda. Syah biasanya beraya di rumah pusaka nenda Syah tetapi tahun nie terasa ingin beraya di rumah Ayahanda pula. Actually semenjak kemangkatan bonda Syah sewaktu Syah berusia kurang 1 tahun, Syah telah diasuh oleh kedua nenda Syah, Ahmad Al-Haj dan Maharum Al-Hajjah serta nenda saudara Syah Sadu Al-Hajjah serta Bonda Ejone. Sebab itu rumah pusaka nenda Syahlah tempat Syah membesar dan itu tidak akan luput dari ingatan Syah. Sekarang rumah pusaka nie dibawah dibawah pengurusan Kak Long Zainab.
Selepas solat sunat aidilfitri semalam Syah dan Am bawa Ayahanda ke kelinik kerana bibirnya tiba-tiba membengkak. Kami semua terperanjat keadaannya. Rupa-rupanya masa buka puasa petang raya tu dia tergigit bibir dan luka. Bila jumpa doktor, Dr kata bibir Ayahanda bengkak kerana masalah tergigit tu dan dia ada kencing manis. Dr bagi ubat tahan sakit, anti biotik dan tahan bengkak serta injection antibiotik Hari nie bengkak kat bibir Ayahanda semakit susut and going to be ok. Shukur Alhamdulillah lega sikit hati Syah. Dr minta Ayahanda jaga permakanan supaya kadar gulanya turun sedikit.
Pagi raya semalam Bonda Ejon, Mamat, Kak Ngah sekeluarga dan Kak Lang sekeluarga datang beraya ke rumah Ayahanda. Happy sangat rasa hati Syah dapat jumpa mereka exspecially Bonda Ejon Tersayang. saydara mara Encikpun rmai bertndang. Malamnya family adik ipar Syah datang dan tak lama lepas tu Datin Paduka Norkailah dan family datang melawat Ayahanda. By the way gambar kat atas tu motor Norton 350CC kesayangan Ayahanda Syah model tahun 1963. Salah satu koleksi peribadi kesayangan Ayahanda. Ada juga orang yang berminat nak beli dengan harga tinggi tetapi katanya "Tak Akan DiJual". ok Syah gtg dan jumpa lagi dilain entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.