Cakap pasal duit raya nie, tahu tak anda gambar siapa kat matawang kita tu. Jangan terperanjat kalau Syah bagitau ada juga diantara kita yang tak tahu gambar siapa kat duit tu dan ada yang mengatakan gabenor bank negara sebab disebelah gambar tu ada ruangan tandatangan gabenor bank negara............ Hehehhe macam-macam kan? lawak betul. Gambar itu adalah gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British pada 31.08.1957. Baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Ayahanda Mertua kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Gambar diatas merupakan potret Almarhum Tuanku Abdul Rahman bersama permaisurinya yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pertama, Almarhumah Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Al-Marhumah Tuanku Hajah Bahiyah yang merupakan puteri kepada Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Almarhumah Tuanku Kurshiah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.