17.07.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyampaikan surat cara perlantikan Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Anggota Parlimen Kangar, Yang Berhormat Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad. Majlis diadakan di Istana Negara ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohammed. Tahniah kepada YB Dato' Seri diatas perlantikan ini
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.