05.07.2012, Khamis - Hari ini Raja Negeri Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauzian binti Almarhum Tengku Abdul Rashid telah berkenan menerima mengadap Duta Besar Ecuador ke Malaysia, Madam Lourdes Puma Puma. Majlis diadakan di Istana Arau, Arau, Perlis. Madam Lourdes dan rombongan berada di Perlis untuk lawtan kerja rasmi selama empat hari mulai 02 Julai lepas.
Turut serta dalam majlis ini adalah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu. Kelihatan Madam Lourdes menerangkan kepada Tuanku Syed Sirajudin dan para hadirin lainnya berhubung maksud logo negara mereka.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.