04.07.2012, Rabu - Semalam, anakanda kepada Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Peribadi KDYMM Sultan Brunei sempena bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Majlis diadakan di Dewan Canselor University Brunei Darussalam. Sebanyak 148 tan kurma Safawi dari Al-Madinah Dates Company, Arab Saudi akan diedarkan kepada seluruh lapisan rakyat di Brunei melalui wakil-wakil yang dilantik seperti Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta Pasukan Polis dan Tentera. Kurma berkenaan diletakkan dalam bekas kecil khas dengan berat 300 gram untuk setiap umat Islam yang berada di Brunei tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan dan usia.
Kurma ini merupakan sumbangan peribadi Sultan Brunei kepada seluruh umat Islam yang berada di Brunei Darussalam. Adalah diharapkan agar wakil-wakil yang telah dilantik untuk mengedarkan kurma ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah supaya pengagihan berjalan lancar sepertimana yang dikehendaki oleh Tuanku Sultan Brunei. Menteri Pembangunan Brunei, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dalam kenyataannya memaklumkan bahawa terdapat pertambahan sebanyak 5 tan kurma pada tahun ini memandangkan pertambahan populasi umat Islam berdasarkan laporan-laporan yang dikemukakan daripada ketua-ketua kampung.
Terima Kasih kepada Sultan Brunei atas pemberian kurma ini sebagai salah satu amal jariah kepada umat Islam yang berada di Brunei Darussalam. Semuga Tuanku Sultan Brunei dipanjangkan Usia dan Dimurahkan Rezeki serta diberikan Kesihatan yang baik agar dapat terus menerajui Negara Brunei Darussalam.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Borneo Buletin

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.