10.07.2012, Selasa - Pada Sabtu lepas bersamaan 07.07.2012 telah diadakan Majlis Tahlil sempena 100 hari kemangkatan Allahyarham Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Majlis diadakan di Balai Rongseri lama tingkat 3, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Majlis dimulai dengan bacaan Yasin selepas Solat Maghrib manakala jamuan makan diadakan selepas Solat Insyak dan kemudiannya diadakan maulid iaitu berzikir sambil berkasidah.
Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta putera tunggal Allahyarham Raja Ashman, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah.
Sumber : Legacy Yusuf Ekram
assalamualaikum syah..
ReplyDeletepertama kali saya terjumpa lalu terbaca blog ni.. banyak berkisar tentang raja-raja.. lama juga saya mencari blog yang semacam ni..kerana saya suka juga nak mengetahui cerita tentang kisah raja-raja ni.. dan di sinilah bermula segalanya.. terima kasih syah kerana menulis semuanya tentang ini...
by the way.. salam kenalan dari saya... adinda amy
kenapa shoutmix tu kosong?
ReplyDeleteSalam dan terima kasih Amy atas sokongan anda.
ReplyDeleteShoutmix tu tiba2 jadi begitu dan tak silap kalau nak kena melanggan, So biarkan jer lah ........
ReplyDeleteshoutmix free kan?
ReplyDeleteTak tahu beberapa bulan lepas dia minta click ada link tu dan kalau nak cont' kena bayar. So diamkan jer lah.
ReplyDeleteBro mana dpt gambar tu? Tolong kredit kpd empunya facebook tu
ReplyDelete