26.07.2012, Khamis - Sekejap masa berlalu dan sudah hendak masuk enam hari kita berpuasa hari ini, Insyallah. Lately Syah memang tak dapat hendak update blog awal pagi dan waktu lunch seperti selalu kerana sibuk dengan tugas dipejabat. Masa bulan puasa nie kami start kerja jam 08:00hrs dan balik jam 16:30hrs. So pagi memang tak sempat nak update blog dan waktu rehat tengahari Syah buat kerja. Balik pula walaupun awal kena tunggu jam lima baru Syah keluar sebab hendak solat Asar dahulu dan terkejar-kejar ke KL Sentral untuk ambil komuter ke Rawang kerana minggu ini Syah berada di Rawang Residence. Kalau tak solat takut nanti bila balik rumah lupa sebab sibuk hendak memasak.
Sampai Rawang Insyallah dapat naik bas jam 18:30hrs dan sampai rumah jam 18:55hrs kecuali macam hari Selasa lepas train meragam dan Syah lambat balik rumah dan dah terlepas bas dan terpaksa naik teksi. Sampai rumah Syah akan memasak dan kalau tak sempat Syah akan beli kuih dan buat Tuna Sandwich dan kalau ada masa Syah akan buat Sup Sayur biasa Syah itew................hehehehehe. Apa-apapun Kurma dan Air Zam-Zam memang Syah standby dalam balang beserta Almond, Kismis, Apricot dan buah Tin. Biasanya Syah akan minum dan makan kurma dahulu dan kemudiannya solat Maghrib dan lepas tu baru Syah makan. Makan sambil tengok TV dan kemudiannya mandi jika tak sempat mandi before buka puasa.
Lepas tu tunggu Azan Insyak dan Syah akan ke Surau untuk solat Insyak dan Terawikh. Balik semula ke rumah biasanya hampir jam 10:30hrs dan memang letih. Biasanya Syah akan menonton TV sampai tertidur. Jika ada masa Syah akan update blog, jika letih sangat Syah akan baring dan menonton. Biasanya lepas balik Terawikh Syah akan makan balance juadah berbuka puasa Syah. So memang jadual Syah ketat dalam bulan puasa nie dan maaf yer kurang entry dari Syah sebagai buahtanggan untuk anda semua. Ok lah yer...sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
ermmm nmpak sedap sandwich tuu.. hihi
ReplyDelete