21.06.2012, Khamis - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin telah menerima lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Diantara Penganut Agama (JKMPKA) di Astana Negeri Sarawak. Turut serta adalah Isteri Kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah. Lawatan JKMPKA ini bertujuan menggalakkan serta memantapkan perhubungan yang baik dikalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama. Kelihatan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak bersama Pengerusi JKMPKA, Datuk Azman Hassan.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.