24.06.2012, Ahad - Hari ini Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenaan merasmikan Kompleks Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan di Kota Baharu. Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam kenyataanya memaklumkan bahawa SPRM bukan sahaja bertujuan untuk merisik, menyiasat dan menangkap mereka yang terlibat dengan rasuah tetapi juga berperanan memberi kesedaran dan mendidik masyarakat terhadap gegala Rasuah. Tambah beliau lagi, warga SPRM pula perlu positif terhadap kritikan membena dan bermuhasabah untuk menunjukkan mereka mempunyai kepaduan integriti yang berkualiti serta berfikiran terbuka.

Sumber :- Bernama
Allahuakbar!! (Daulat Tuanku)
ReplyDeleteSultan hamba yang disayangi :)
-bOnda cOmel lOte-