18.06.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan mencemar duli merasmikan Pusat Beli-Belah AEON Ipoh Station 18 di Ipoh, Perak. Selepas merasmikan pusat beli belah empat tingkat yang menelan belanja sebanyak RM 229.6 juta ini, baginda telah berkenan meninjau sekitar pasaraya bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun. Turut mengiringi baginda adalah Pengerusi AEON Co. (M) Bhd, Datuk Abdullah Yusof dan Pengarah Urusan AEON, Nur Qamarina Chew Abdullah.
Sumber ;- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.