03.06.2012, Ahad - Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berjalan lancar petang tadi dengan dihadiri oleh kira-kira 3,000 tetamu jemputan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh jemputan khas yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, duta-duta asing, kerabat-kerabat diraja dan rakyat. Turut kelihatan adalah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan upacara memotong kek hari keputeraan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Dirgahayu Tuanku Patik.
Sumber :- Bernama/TV3
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.