19.06.2012, Selasa - Perdana Menteri yang amat kita kasihi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Malaysia kepada keluarga DiRaja Arab Saudi berikut kemangkatan Putera Mahkota Nayef di Geneva pada Sabtu 16.06.2012 dan telah dimakamkan pada Ahad 17.06.2012 di Mekah Al Mukaramah. Majlis pemberian penghormatan terakhir ini telah diadakan di Al Divan Al Maliki, Jeddah turut dihadiri oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri Pengiring serta Duta Malaysia ke Arab Saudi serta beberapa orang pegawai lainnya. YAB Datuk Seri Najib berlepas ke Arab Saudi pada hari Isnin lepas dan dijangka pulang ke Malaysia esok. Anak Bugis ini tidak melepaskan peluang berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri tersayang Datin Seri Rosmah Mansor dan anak lelakinya Nor Ashman Razak serta anggota-anggota rombongan lainnya. Semuga YAB Datuk Seri Najib dan Rombongan selamat pulang ke Malaysia. Amin.
Sumber ;- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.