16.06.2012, Sabtu - Hari nie Syah balik kampung di Sabak Bernam ikut Kak Lang Ella hantar Bonda Ejone balik kampung. Malam tadi Kak Lang Ella dan family serta Bonda Ejone tidur rumah Syah. Actually ini adalah pertama kali Bonda Ejone datang rumah Syah dan gembira rasanya. Pagi lagi kami bertolak coz nak ambil ubat Bonda Ejone di Hospital Tengku Ampuan Jemah.
On the way balik singgah Ijok untuk breakfat dan terus balik Kampung. Sampai jer kami terus ke hospital dan berlakulah drama kat sana. Actually ubat tu ambil semalam tetapi Bonda Ejone kat KL dan Syah call hospital untuk ambil ubat kat KL tetapi tak boleh katanya dan Syah nak faxkan surat ubat tu kepada mereka dan orang lain ambilkan pun tak boleh dan mereka inform boleh datang hari nie ambil ubat before jam duabelas.
Yang marah tu, staff tu membebel kata mengapa tak datang semalam dan kata Sabtu mereka tak bagi ubat. Siap tanya siapa staff yang suruh datang hari nie, dan Syah jawap takkan Saya nak tanya nama orang bila call semalam. Berdesing telinga dengar dan dia panggil supervisornya dan Syah tanya takkan nak tunggu Isnin dan mak saya tak ada ubat. Bla..... bla.... bla .... akhirnya mereka bagi juga ubat tu. Ada dengar dia cakap Sabtu dia seorang kat kaunter, sebab tu dia malas nak buat kerja kot? Macam manalah orang nak respect perkhidmatan kakitangan kerajaan jika masih ada lagi segelintir yang bersikap seperti ini dan tidak boleh bertolak ansur.
Petang tadi syah gunting rambut dengan Kak Lang Ella dan Kak Ngah Normah kat salon dan biasalah kat kampung Syah gunting hanya RM 6.00 dan Kak Lang RM8.00. Lepas tu kalau ikut perempuan apa lagi menyoping ler jawapnya. Lepas tu Syah beli kuih untuk minum petang. Petang tadi Ayahanda dan Bonda Tiri Syah datang dan Syah sempat ajak Ayahanda round pekan Sabak dengan motornya sebab nak kuar duit untuk belanja Ayahanda dan Bonda Tiri Syah.
Petang tadi Ayahanda beri sebentuk cincin batu merah pada Syah dan katanya cincin tu Almarhumah bonda Syah punya dan disimpan oleh Bonda Tiri Syah. Cincin tu katanya dipakai oleh Almarhumah sebelum mereka berkahwin lagi Dia minta Syah simpan sambil mengesat air mata dan Syah buat tak nampak sebab tak mahu dia lihat Syah sedih juga tapi dalam hati memsng sedih gila. Bahagian operation Syah tu ada masanya sakit sedikit, Ialah baru operation kan?
Ok lah semua hingga berjumpa lagi di lain entry ..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.