04.05.2012, Jumaat - Syah solat Jumaat di Masjid Negara hari ini sebab hendak beli kurma, kismis dan badam. Syah tunggu bas jam 11:00hrs di Rawang Residence dan naik komuter ke KTM Kuala Lumpur jam 11:45hrs dan sampai Masjid Negara hampir jam 13:00hrs. Sampai jer Syah beli kacang kuda rebus dan kemudiannya makam mee rebus sebelum masuk ke Masjid Negara. Biasanya Syah akan ke Makam Pahlawan bacakan Al-Fatihah kepada penghuni disana tetapi disebabkan Syah cuti hari nie Syah ambil keputusan ziarah ke makam selepas Solat Jumaat. Selepas solat jumaat Syah ziarah ke makam tetapi hari ini agak istemewa sedikit kerana Syah masuk ke Kubah Makam Pahlawan untuk ziarah ke Makam Anak Bugis seorang nie iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Selain daripada Syah ada juga beberapa jemaah lainnya melawat makam nie selepas Solat Jumaat.
Selepas zirah ke Makam Pahlawan, Syah ke KTM Kuala Lumpur semula untuk ke KTM Putra kerana hendak ke Pameran Buku di PWTC dan sempat beli satu buku bertajuk INTAN PREMIER TALK - Institusi Beraja Titah DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Harganya RM10.00 tetapi dapat diskaun 20% -RM8.00. Dari PWTC Syah balik terus ke Rawang naik Komuter dan sampai jam 18:00 kat Rawang Residence Syah dan selepas Solat Asar Syah buat Wantan Mee Sup Sayur, Milo O Panas dan Buah Betik untuk dinner. Dah makan sebelum Maghrib tadi. Sekarang menonton Berita di TV3 dan dengarnya malam nie Awal Ashaari pelakon tu nak akad nikah live kat TV. Nak tengoklah kejap lagi............
Ok semua, Selamat Malam dan jumpa lagi di Lain Entry, Byeeeeeeeeeeeeeee...............
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.