16.05.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua pagi nie, Syah macam biasa dan shukur Alhamdulillah perjalanan pagi ini berjalan lancar. Sampai sahaja di KTM Rawang pagi tadi Syah terus beli tiket mingguan promosi terbaru KTM untuk perkhidmatan komuter berharga RM18.00 yang boleh digunakan bagi sebarang perjalanan dari Rawang - KL Sentral -Rawang dan stesyen diantaranya dalam masa seminggu. Kad kad tu ada ditulis expired datenya so tak mudahlah orang hendak menipu masuk percuma. Bila-bila masa dalam seminggu nie boleh menggunakan perkhidmatan seperti yang Syah sebutkan tadi. Contohnya tiket Syah sampai KL Sentral sahaja dan jika Syah hendak turun di Mid Valley Syah kena bayar harga tiket daripada KL Sentral ke Midvalley sahaja begitulah sebaliknya.
Macam biasa juga breakfast dengan cereal dan low fat milk. Masa beli susu kat kedai bakit tu Syah inform kaunter semalam tak jadi beli sebab tertinggal dompet dan adik tu jawap lain kali tak apa ambil dulupun boleh. By the way dompet Syah memang ada kat rumah dalam beg yang lain sebab Isnin semalam kan Syah cuti jadi Syah ke Pekan Rawang dan guna beg porch dan terlupa nak ambil dan masukkan dalam beg sandang yang biasa Syah bawa pergi kerja tu. Oklah semua ... Syah dah nak mulakan tugas nie, jumpa lagi yer...........................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.