03.05.2012, Khamis - Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat
Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan deligasi jawatankuasa Fatwa Perlis yang berada di Doha, Qatar telah mengadakan perjumpaan dengan tokoh cendiakawan Islam, Prof Dr Sheikh Yusuf Al Qardawi. Pertemuan diadakan di kediaman tokoh yang berusia 86 tahun itu di Doha. Tujuan Tuanku Syed Faizuddin dan rombongan mengadakan pertemuan dengan anak kelahiran Mesir ini adalah untuk bertukar-tukar fikiran mengenai masa depan Islam. Qardawi dilahirkan pada 1926 dan telah lama menetap di Qatar lebih dikenali oleh sesetengah pihak sebagai tokoh Islam yang kontraversi kerana berani mengeluarkan pandangan-pandangan secara terbuka. Tuanku Faizuddin dan rombongan berada di Doha untuk lawatan kerja selama dua hari.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.