09.05.2012, Rabu - Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia kepada Bernama hari ini memaklumkan Potrait Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan Raja Permaisuri Agong ke-14 akan mula diedarkan secara percuma mulai esok Khamis bersamaan 10.09.2012. Jika berminat anda boleh mendapatkannya di Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia di Presint 4, Putrajaya atau disemua Jabatan Penerangan negeri masing-masing. Dengar cerita...........ini cerita jer lah yer, tak tahu betul atau tidaknya ....... gambar seperti yang disebelah ini digunakan sebagai Potret rasmi dan sepatutnya diedarkan lebih awal lagi tak silap Syah 23.04.2012 seperti yang dinyatakan selepas konsert Diraja pada 21.04.2012 lepas tetapi gambar tersebut terpaksa ditukar dengan gambar yang baru atas sebab-sebab tertentu. Wallahualam bi shawab.................... Sama-samalah kita tunggu esok adakah gambar yang sama atau yang berlainan digunakan.
Sumber :- Bernama/Sendiri
kenape tuanku hamimah dibelakang?
ReplyDelete