15.05.2012, Selasa - Kalau sekali pandang apalah yang dilakukan oleh perempuan ini dengan berus kecil dan seorang lagi memegang mahkota baginda Queen Elizabeth II, takkan mereka berani menconteng muka Baginda Ratu Elizabeth II. Wanita yang memegang berus ini sebenarnya seorang pelukis bernama Lisa Burton sedang membuat sentuhan terakhir kepada patung lilin HRH Queen Elizabeth II di Madame Tussauds di London semalam. Macam wajah sebenar baginda Queen kan?nampak hidup. Patung lilin ini dibuat menyerupai potrait rasmi sempena sambutan Jubli Intan Pemerintahan Queen Elizabeth II yang dikeluarkan pada awal tahun ini. Patung ini akan diletakkan ditempat yang paling strategik didalam Madame Tussauds yang merupakan muzium patung lilin yang terkenal didunia semenjak 1884 untuk tatapan umum.
Figure baginda Queen Elizabeth II ini mengambil masa empat bulan untuk disempurnakan dengan kos 150,000.00 pounds sterling. Figure baginda Queen Elizabeth II merupakan yang terbanyak dicipta disini berbanding dengan tokoh-tokoh lainnya. Kali pertama patung lilin baginda Queen Elizabeth dibuat ketika baginda berusia dua tahun. Jika anda berkunjung ke London dan ada masa terluang bolehlah melawat muzium ini dan bayaran masuk yang dikenakan adalah 30.00 pound untuk dewasa dan 25.80 pound untuk kanak-kanak manakala ada juga disediakan pakej keluarga untuk empat orang berharga 108.00 pound.
Sumber :- The Sun / madametussauds.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.