Thursday, April 5, 2012

Tengkolok Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Telah Siap

05.04.2012, Khamis - Inilah dia Tengkolok Diraja yang telah disiapkan untuk dipakai oleh Tuanku Abdul Halim sempena Pertabalan baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012 ini di Balai Rongseri Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tengkolok dengan ikatan atau dipanggil solek "Dendam Tak Sudah" ini didatangkan dengan hiasan anak bulan dengan bintang pecah 14 yang diperbuat daripada emas putih. Ditengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang bewarna warni. Ikatan "Dendam Tak Sudah" ini berasal daripada Negeri Sembilan. Melalui gambar yang dikeluarkan oleh Bernama hari ini warnanya seakan-akan biru tetapi kebiasannya ia bewarna hitam bersulam benang emas. Mungkin kesan cahaya kot? atau ada sedikit perubahan pada warna, Wallahualam ..................

Sumber :- Gambar dari Bernama

1 comment:

  1. salam...
    mengikut pemerhatian saya,setiap ydpa akan meenggunakan corak/warna songket berlainan...wallahu alam...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.