27.04.2012, Jumaat - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli menziarahi Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail yang merupakan bekas Ketua Pengarah Kesihatan pada tahun 1971 hingga 1976. Turut serta dalam kunjungan di kediaman Tan Sri Dr Abdul Majid di Jalan Langak Duta adalah Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah. Kelihatan Tuanku Sultan Selangor sedang bercakap dengan Tan Sri Dr Abdul Majid. Turut menyambut tuanku dan rombongan adalah anak sulung Tan Sr Dr Abdul Majid iaitu Dr Aljafri Abdul Majid dan keluarga.
Tan Sri Dr Abdul Majid mencapai usia 90 tahun dan tidak berapa sihat dan memerlukan bantuan anggota keluarganya untuk bergerak. Tan Sri Dr Abdul Majid merupakan ketua pakar bedah ortopedik negara yang pertama pada tahun 1958 dan pernah dilantik sebagai Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Kesihatan pada 1969. Baginda dan rombongan berada lebih kurang 30minit di rumah berkenaan,.

Sumber : Bernama
ALLAH AKBAR. TAHNIAH TUANKU YANG AMAT PRIHATIN. SEMOGA ALLAH MEMELIHARA TAN SRI SEPANJANG HIDUP DAN MATINYA. JASA DAN SUMBANGAN AMAT DIHARGAI. BAYANGKAN TAN SRI INI BERSARA SEWAKTU SAYA DALAM TINGKATAN 5 (17 TAHUN). HARI INI, KALAU IKUT WAKTU BERSARA KETIKA ITU (55 TH), AKU AKAN BERSARA 2 TAHUN LAGI. DAN, BELIAU MASIH HIDUP, WPUN UZUR. SEMOGA ALLAH BERKATI HIDUP TAN SRI SEKELUARGA.
ReplyDelete